Thursday, August 2, 2018

Masjid Kristal sentiasa di hati.....

Selesai menghantar isteri ke dewan utama pulau Wan Man untuk program bersama bonda rozita ibu dato Alif,  anak bongsu ku Adam mengajak aku ke masjid Kristal yg terletak bersebelahan dari dewan (Masjid Kristal didirikan di atas sebuah pulau yang asalnya kecil sahaja bernama Pulau Wan Man). Setelah mendapat parking sesuai aku terus ke perkarangan masjid. Menatap saja masjid Kristal hati terus sayu. Bukan kerana aku juga imam. Imam masjid Merbau Patah, tetapi kerana memang sudah begitu. Aku ni org Terengganu, setiap hari lalu atas jambatan Sultan Mahmud nampak majjid Kristal dengan jelas sekali. Tetapi setiap kali datang ke Masjid Kristal hati memang sebab. 

Ingat nak solat dhuha tengok pintu dikunci dan ada tulisan under maintenance. Lenggok ke atas nampaklah beberapa bahagian yang sudah rosak dan perlu dibaiki. lupa pulak nak ambik gambar bahagian yang nak dibaiki itu....  Oleh lah jugak dua anak kesayangan ku itu Irfan Khairi darjah 6 dan Adam Ashraf darjah 3 setuju jadi model. 

No comments: