Saturday, August 4, 2018

Cara buat landskap untuk rumah dan sekolah

Kali ni ambo nak tunjuk cara buat landskap untuk rumah dan sekolah....

Ni dipanggil pokok cendawan. Ambo ambil gambar ni di sekolah menengah kebangsaan Ibrahim Fikri Kuala Terengganu. Kebetulan masa tu sekolah saya nak ada hari terbuka. jadi sayo ni kelab landskap. Baru pegang jadi tak dok barang lagi. Terus saya call cikgu SMK Ibrahim Fikri ni minta pinjam dulu.

Cara nak buat ni akan ambo share dalam post yang berikutnya.... tajuknya "Cara buat pokok cendawan".... ok
Perhatikan....
Yang warna kuning atas tu pakai tempurung kelapa. Yang besar bawah tu pakai pinggan plastik.... nanti ambo ajar cara buatnya. 
Yang ni dipanggil pasu batang pokok. Memang comel. Boleh diletak di rumah dan sekolah.  Buatnya senang saja. Alatan nya tentu sekali pasir halus, simen dan kapor. Untuk bodynya kita dapatkan besi jaring saiz penapis pasir. Bagitahu kedai hardware tu nak besi jaring untuk penapis pasir..... dia tahulah. Cara nak buatnya nanti ambo post dalam tajuk "Cara buat pasu batang pokok". 
Ni dan 3 lagi pic kat bawah ni diambil di R&R nak sampai ke Nilai tu. Ambo lupo namanya.... tapi sebelum sampai Melaka lah. Ni senang saja. Batang ni kita boleh buat di depan rumah atau sekolah juga pejabat kerajaan. Campuran asas semestinya simen, pasir halus dan kapor. Untuk membentuk batang semestinya besi jaring penapis pasir. Cuma nak bagi simen lekat kat batang ni yang susah. Perlukan kemahiran. Takpe belajar slow slow.... lama-lama pandailah.

Ambo sendiri dulu tok pandai gapo satu. Lepas tu pengetua suruh juga buat Pokok Universiti. Iaitu pokok dari simenfero yang menunjukkan jarak semua universiti dari sekolah kami. Apa lagi sebagai guru serba boleh kenalah sanggup. Ambo gi lah guru dengan pengusaha simen fero. Buat-buat lama-lama pandai. Bahkan ambo rasa kepandaian dan kehalusan kerja ambo lebih halus dari penguasaha tu lagi. 

No comments: