Baru-baru ini ambo ada kerja di Kuala Terengganu. Kedua anak perempuan ambo masuk ke bangunan Bank Simpanan Nasional yang berhadapan dengan Kamdar tu. Anak ambo yang ketiga tu buat akaun Bank Simpanan Nasional untuk mohon bantuan Yayasan Terengganu. Kelmarin dia dah buat permohonan bantuan untuk Majlis Agama Islam Terengganu (MAIDAM) sebab dapat masuk UnisZA. Kalau Maidam nak akaun Bank Islam. KAlau Yayasan Terengganu nak akaun BSN. Maidam bagi RM1500 ... Yayasan Terengganu bagi RM1000.... (ambo tak pasti sangat... tapi lebih kurang gitulah) .
Ambo dengan orang rumah tercari-cari tempat nak minum pagi. Memanglah kalau dating macam ni kena ambil kesempatan minum air bersama. Mula-mula ambo masuk ke restoren yang agak besar sebelah restoren Cina depan BSN tu. Sebenarnya ambo tak sedap hati sebab restoren tu jadi destanasi orang Cina bandar Kuala Terengganu minum arak. Bahkan dalam bulan puasa pun minum arak tanpa segan silu.
Bila masuk dalam kedai ambo tanya ada kuih ke idok..... jawabnya idok. Ambo pun keluarlah sebab matlamat nak kuih. Kan baru jam 10 takkan nak makan nasi dah.
bila keluar toleh ke kiri nampak sarung kecil sebelum selekoh tu. Kalau demo orang-orang lama di Terengganu demo tahu lah bahawa selekoh tu dulu buat testing driving school .... termasuk ambo kena test di situ.
Nampak warung tu terus masuk. Order air dan cari kuih... nampaklah mee goreng dan kuih tiew. Bila ambik test... sedap pulak. Tiba-tiba orang rumah kata ke ambo... "Abang kelas A lah" Baru ambo perasan warung ni kelas A. Ambo pun intai lagi. Wah memang A. Lantai nya mozek. Kerusinya tersusun molek. Tak dek lalat pun walaupun seekor. Nampak kerus meja disusun dengan elok.
Ambo tanya nama apa kedai. Toke dia jawab Warung Kak Liza sambil mengisyaratkan ke papan tanda kedai yang ada senarai minuman dan makanan. Ambo kata "Ambo ni blogger. Minta izin nak ambik gambar. Nak tulis dalam blog. Boleh ambo tolong promote sekali". Jawabnya "ok". Ni lah dia gambar-gambar yang sempat ambe ambik. Harap dapat memberikan gambaran A.
Orang rumah boleh mari pulak ning... nampak sedap je lauk pauk dia... sambil menunjukkan kepada barisan lauk-pauk yang sedang dihidangkan oleh pelayan kedai yang perkaian rapi dan menarik. Ambo kata eh awealnya dah hidang lauk... tengok jam baru perasan jam 11.30 dah. Baru ambo perasan ambo duduk di kedai tu dah dekat sejam lebih. Gitulah kalau warung yang selesa lamalah kita duduk. Tapi kalau warung yang busuk dan hapak, maka sekejap pun terasa lama. Maka dengan itu ambo pun meneruskan ambil beberapa shot yang menarik dan terus beredar dengan niat akan datang lagi ke warung Kak Liza.
No comments:
Post a Comment