Di Kuala Pilah kami menginap di Melang Inn. Ok selesa tak padan harga yang mudah cuma RM98 je. Kalau di KL atau tempat lain mahu harganya RM200. Tapi ni Kuala Pilah. Ni gambar Melang Inn kat bawah ni.
Berhadapan Melang Inn adalah Melang Kopitiam. Satu kemudahan kepada mereka yang ingin makan dan minum mendapatkan halwa mulut. Saya bertanyakan kepada pelayan di Melang Kopitiam ini pukul berapa bukan dan tutup. Katanya kami buka jam 6.00 pagi tutup jam 10 atau 11 tengoklah kalau takde orang.
Selepas ceramah jawi di SMK Tungku Kursiah kami bergegas ke Kajang melalui lebuh raya LEKAS yang bermula di pintu masuk bandar Seremban kerana ada urusan dengan kawan. Sebelum sampai ke Seremban kami telah melalui Pintu Gerbang Istana Seri Menanti. Pemandangannya yang menarik menyebabkan kami terpaku dan turun untuk mengambil gambar. Kalau tuan puan melalui Kuala Pilah ke Seremban singgahlah di Muzium ni.
No comments:
Post a Comment