Assalamualaikum semua. Ana nak berkongsi sedikit pengalaman dengan tuan-tuan sekelian mengenai kisah anak saya yang giginya tersalah tampal oleh misi atau jururawat gigi yang mengadakan rawatan percuma ke sekolah-sekolah rendah.
Al kisahnya adalah salah seorang anak saya tu yang darjah lima. Hari tu dia kena giliran rawatan gigi. Lalu dia pergilah ke klinik gigi yang disediakan di sekolah. Juru rawat pun memeriksa gigi anak saya. Ditandakannya tempat yang dikatakan rosak dan perlu ditampal pada kad merah pergigian. Sampai giliran misi yang satu lagi dia pun cakap, "kat mana nak tampal ni. Aaaa kat sini". Dia pun koreklah bahagian-bahagian gigi yang berdekatan untuk memudahkan tampalan.
Tiba-tiba dia berhenti dan berkata, "Eh bukan kat sini lah. Mai nak tengok kad merah tu. Eh terbaliklah. Bukan gigi sebelah kanan tapi sebelah kiri".
Jadi terpaksalah ditampal semula kawasan gigi yang tersalah korek tu. Kemudian barulah dia korek dan tampal semula bahagian yang betul. Bila sampai ke rumah anak saya terus menceritakannya kepada saya.
Eh rasa geram betul. Tapi nasi dah jadi bubur. Ada pulak gigi yang elok di korek. Dan yang parah lagi gigi geraham itu adalah gigi kekal. Peristiwa itu berlaku 3 tahun yang lepas.
Jadi gigi geraham yang satu tu bertampallah. Yalah kalau difikirkan memanglah tak logik. Ada pulak gigi yang baik dikorek dan ditampal. Manakala gigi yang rosak dibiarkan.
Sejak peristiwa itu anak saya macam phobia dan lebih berhati-hati apabila ke doktor gigi.
Semua cerita ini diceritakan semula oleh anak saya kemudian selepas itu.
Marilah kita jaga kebajikan anak kita supaya ia membesar dan mencapai cita-citanya berteraskan aga, Islam yang maha suci.
Wassalam................
No comments:
Post a Comment