السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
ٍSaya Ustaz Abdul Manan Ali al Merbawi atau lebih dikenali sebagai Doktor Jawi.
Hari ini masuklah hari ke 6 cuti kuarantin virus crono yang bermula dari 18.3.2020 sehingga 31.3.2020. Kita berdoalah semuga pendamik ini berlaku dengan cepat. kesian bagi mereka yang bekerja kais pagi makan pagi tentu sekali tidak dapat mencari rezeki.
Hari ini dalam duk relax ni rasa ingin memetik jari menurunkan ilmu kaedah jawi yang saya asaskan.
Dulu saya asaskan doktorjawi.com tetapi oleh kerana saya kini sedang menyiapkan PHD saya dan Professor saya kata kalau dapat Doktor nanti dia tak eja Doktor tetapi just Dr saja. Maka saya mula mengalihkan semua pengenalan saya dalam facebook, instagram dan youtube kepada DrJawi.
Jadi kini saya ingin lebih dikenali sebagai DrJawi dan bukan lagi Doktor Jawi. Lagi pun kawan-kawan dok kata susah nak eja Doktor Jawi, panjang sangat. Kalau Dr Jawi tu sikit.
saya ingin mengambil kesempatan untuk membincangkan kaedah jawi yang pertama.
Kaedah jawi pertama yang perlu diketahui oleh sekelian rakyat Malaysia ialah kaedah KVK iaitu konsonan vokal konsonan.
Kaedah ini berlaku apabila terdapat huruf A (vokal) di tengah-tengah 2 huruf konsonan dalam satu sukukata.
contohnya C A M dalam perkataan cambah . Ini adalah 3 huruf . Perhatikan ditengahnya huruf A. Maka menurut kaedahnya huruf A itu hendaklah digugurkan.
Oleh itu hendaklah dieja CM bila dijawikan menjadi ca dan mim saja sebab huruf alif sudah digugurkan.
contoh yang lain malas. L A S akan diulas.
LAS adalah tiga huruf. Ditengah nya ada huruf A. Maka bila dijawikan menjadi LS sahaja.
ok contoh yang akhir sekali ialah tambun . Baik sila perhatikan di mana kita nak potong ni. Ya jawapannya ialah TAM manakala BUN di biarkan saja. Kenapa? kerana kita mencari A diantara 2 konsonan. Jadi apa berlaku bila dijawikan. Ya sila lihat jawapannya di bawah.
Ok sampai di sini dulu hari sehingga berjumpa lagi kalau ada kesempatan. Saya nak ke dapur pulak tolong isteri memasak.
No comments:
Post a Comment