Assalamualaikum
Hari ini 25 Mac. Hari ini juga Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Mahyuddin Yasin telah mengumumkan tempoh kuarantin rakyat Malaysia akan dipanjangkan dari 31 Mac ke 14 April. Pengistiharan ini telah menimbulkan berbagai reaksi...
Ada yang suka dan reda. Bagi mereka apa yang diumumkan oleh pemimpin negara itu sudah semestinya untuk kepentingan rakyat jelata. Namun seperti biasa ada juga golongan yang tidak senang. Mereka tidak suka diikat walaupun kuarantin ini adalah untuk kebaikan mereka juga.
Baiklah, hari ini ustaz selaku doktor jawi akan menyentuh mengenai cara mengeja perkataan berakkhir dengan dua huruf KA dan Ga.
Banyak perkataan yang berakhir dengan KA seperti neraka, jangka, langka dan banyak lagi.
Sementara perkataan yang berakhir dengan huruf GA pun banyak juga seperti harga, bangga, sangga dan banyak lagi.
Hari ini memadailah ustaz tunjukkan beberapa perkataan sekadar sebagai panduan untuk mengeja perkataan yang lain. Kerana semuanya sama saja. kalau dah faham tentu mudah.
Contoh pertama:
BANGGA...
Perkataan ini terbahagi kepada 2 iaitu BANG dan GA. Untuk mengeja BANG kita sudah bincangkan dalam tajuk mengeja Konsonan Vokal Konsonan (KVK).
Sekarang mari kita eja sama-sama.
Mula-mula sila eja BANG. Kita dapati ada A di tengah-tengah B dan NG maka A itu sudah tentu akan digugurkan. Maka ejaan BANG apabila dijawikan menjadi....
Sementara untuk mengeja GA pula kita hanya perlu meletakkan huruf Ga sahaja.
Dan apabila digabungkan maka inilah hasilnya bagi perkataan BANGGA.......
Seterusnya cara mengeja perkataan berakhir KA seperti contohnya SANGKA.
Maka kita ikut saja flow atau cara yang pertama tadi maka hasilnya ialah .....
Dan begitulah jika hendak mengeja perkataan-perkataan yang lain yang berakhir dengan KA dan GA.. senang bukan.
Sehingga berjumpa lagi di kaedah yang berikut nya salam hormat daripada saya al Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi atau lebih dikenali sebagai doktorjawi dan sekarang bertukar kepada drjawi.
No comments:
Post a Comment