Petang kelmarin saya gi ke Unisza… hantar anak. Biasalah anak perempuan boh, hujung minggu jer call minta balik. Dia ambil Bahasa Inggeris, baru sem 1, dulu masa Diploma pun Unisza jugak tapi dia ambik LAW. Katanya dialah satu-satunya student LAW yang ambik BI.
Semasa dalam perjalanan ambo buka radio IKIM. Kemudian keluarlah alunan suara yang amat merdu.
“terlalu mudah segalanya
semua diaturkan Dia
dan bernarlah disetiap firman
dan inilah hakikat suratan
cintaku disini bersama selamanya”
Sungguh merdu suara itu lantas saya mengikuti iramanya dari awal sampai akhir.
Part yang paling menyentuh perasaan sekali ialah bila lantunan suara …..
“semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan”
“semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan”
Aku berpaling kepada isteriku yang cantik manis tak puas dipandang. “Yang lagu siapa ni… ada iras-iras Sufian Suhaimi…”
Jawab isteriku , bukan ni Sufian lain lagi….. kalau lagu-lagu macam ni Hafiz Hamidun lah ni…. Jawabnya sambil tangannya menaip-naip menjawab whatsup anak perempuanya yang belajar di USIM.
Jawab isteriku , bukan ni Sufian lain lagi….. kalau lagu-lagu macam ni Hafiz Hamidun lah ni…. Jawabnya sambil tangannya menaip-naip menjawab whatsup anak perempuanya yang belajar di USIM.
Lantas aku mencapai hand set. Kebetulan masa tu kereta di traffic light. Isteriku yang tahu sangat sifat suaminya yang amat-amat meminati lagu nasyid memerhatikan gelagat ku. Hati-hati katanya kereta banyak.
Yang paling terkesan di hati ku ialah kata-kata terakhir penasyid iaitu “Cintaku bukanlah satu permainan”. Lantas aku yang sudah biasa melatih nasyid sekolah dan biasa dengan lirik nasyid nasyid terus taip di You Tube…. Cinta bukan mainan.
Aku tak ada masalah dengan data kerana aku subscribe pakej jasa guru dari Unifi. Dulu dipanggil webe sekarang dipanggil Unifi mobile. Aku sarankan set-set guru semua langgan pakej jasa guru hanya RM58 sebulan.
Terus keluar dalam You Tube, Cinta bukan mainan nyanyian Mirwana ciptaan Hafiz Hafidun. Terus aku layan lagu tu sampai habis. Sampai ke Unisza sambil aku tunggu anak aku hantar barang ke Dorm terus aku download mp3 nya menggunakan laman web https//mp3bears … sekejap aje menggunakan webe. Isteri aku cakap padan dengar lagu ini ajelah hari ni… sambil tersenyum. Dia tahu minat suami dia yang memang tak suka aktiviti luar berlepak sana berlepak sini cuma suka duduk rumah jer.
Ku download dan ku dengar berkali-kali. Ku pasang bluetooh kereta dan ku hayati liriknya berkali-kali. Akhirnya barulah ku faham dan menyelami perasaan Hafiz Hamidun.
Setelah apa ia lalui kesedihannya itu telah memberikannya masa untuk bersendirian dan menghasilkan lagu “Cinta bukan mainan”. Sebagai orang seni aku faham perasaan Hafiz Hamidun. Aku dulu pun semasa di Diploma KUSZA, (Kusza ialah nama lama bagi Unisza) setelah menerima berita kematian atok aku, aku menyendiri sendirian di bilik study selama berhari-hari dan akhirnya lahirlah sebuah cerpen.
Memang tetap sekali lagu ini. Tepat sekali liriknya. Tepat pula pemilihan kumpulan Mirwana sebagai penyanyinya. …… aku fahami perasaan Hafiz Hamidun apabila dia menyatakan “ku fahami makna dan tujuan”. Bertabahlah Hafiz semua Allah memberikan enta kekuatan…. dari Ustaz Abdul Manan ali alMerbawi aka Doktor Jawi.
Di bawah ini ambo bawakan lirik lag nasyid tersebut untuk tatapan bersama semuga bermanfaat…
Lirik Cinta Bukan Mainan:
Terlalu mudah segalanya
semua diaturkan Dia
dan bernarlah disetiap firman
dan inilah hakikat suratan
cintaku disini bersama selamanya
semua diaturkan Dia
dan bernarlah disetiap firman
dan inilah hakikat suratan
cintaku disini bersama selamanya
bahagia melebarkan rasa
tiada ragu dan curiga
dan bersabar sementara ada
ku berserah walau telah nyata
segala janji-janjiNya kalam yang indah
tiada ragu dan curiga
dan bersabar sementara ada
ku berserah walau telah nyata
segala janji-janjiNya kalam yang indah
ternyata ini bukan mimpi
yang hadir sempurnakan erti
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
yang hadir sempurnakan erti
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
ternyata ini bukan mimpi
yang hadir sempurnakan erti
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
Ini mp3 nya:
https://mp3bears.info/cinta-bukan-mainan-mirwana
yang hadir sempurnakan erti
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
Ini mp3 nya:
https://mp3bears.info/cinta-bukan-mainan-mirwana
No comments:
Post a Comment