Saturday, October 20, 2018

Mirwana cinta bukan permainan

Petang kelmarin saya gi ke Unisza… hantar anak. Biasalah anak perempuan boh, hujung minggu jer call minta balik. Dia ambil Bahasa Inggeris, baru sem 1, dulu masa Diploma pun Unisza jugak tapi dia ambik LAW. Katanya dialah satu-satunya student LAW yang ambik BI. 

Semasa dalam perjalanan ambo buka radio IKIM. Kemudian keluarlah alunan suara yang amat merdu.
“terlalu mudah segalanya
semua diaturkan Dia
dan bernarlah disetiap firman
dan inilah hakikat suratan
cintaku disini bersama selamanya”

Sungguh merdu suara itu lantas saya mengikuti iramanya dari awal sampai akhir.
Part yang paling menyentuh perasaan sekali ialah bila lantunan suara …..
“semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan”
Aku berpaling kepada isteriku yang cantik manis tak puas dipandang. “Yang lagu siapa ni… ada iras-iras Sufian Suhaimi…”
Jawab isteriku , bukan ni Sufian lain lagi….. kalau lagu-lagu macam ni Hafiz Hamidun lah ni…. Jawabnya sambil tangannya menaip-naip menjawab whatsup anak perempuanya yang belajar di USIM.

Lantas aku mencapai hand set. Kebetulan masa tu kereta di traffic light. Isteriku yang tahu sangat sifat suaminya yang amat-amat meminati lagu nasyid memerhatikan gelagat ku. Hati-hati katanya kereta banyak.

Yang paling terkesan di hati ku ialah kata-kata terakhir penasyid iaitu “Cintaku bukanlah satu permainan”. Lantas aku yang sudah biasa melatih nasyid sekolah dan biasa dengan lirik nasyid nasyid terus taip di You Tube…. Cinta bukan mainan.
Aku tak ada masalah dengan data kerana aku subscribe pakej jasa guru dari Unifi. Dulu dipanggil webe sekarang dipanggil Unifi mobile. Aku sarankan set-set guru semua langgan pakej jasa guru hanya RM58 sebulan.

Terus keluar dalam You Tube, Cinta bukan mainan nyanyian Mirwana ciptaan Hafiz Hafidun. Terus aku layan lagu tu sampai habis. Sampai ke Unisza sambil aku tunggu anak aku hantar barang ke Dorm terus aku download mp3 nya menggunakan laman web https//mp3bears … sekejap aje menggunakan webe. Isteri aku cakap padan dengar lagu ini ajelah hari ni… sambil tersenyum. Dia tahu minat suami dia yang memang tak suka aktiviti luar berlepak sana berlepak sini cuma suka duduk rumah jer.

Ku download dan ku dengar berkali-kali. Ku pasang bluetooh kereta dan ku hayati liriknya berkali-kali. Akhirnya barulah ku faham dan menyelami perasaan Hafiz Hamidun.
Setelah apa ia lalui kesedihannya itu telah memberikannya masa untuk bersendirian dan menghasilkan lagu “Cinta bukan mainan”. Sebagai orang seni aku faham perasaan Hafiz Hamidun. Aku dulu pun semasa di Diploma KUSZA,  (Kusza ialah nama lama bagi Unisza) setelah menerima berita kematian atok aku, aku menyendiri sendirian di bilik study selama berhari-hari dan akhirnya lahirlah sebuah cerpen.

Memang tetap sekali lagu ini. Tepat sekali liriknya. Tepat pula pemilihan kumpulan Mirwana sebagai penyanyinya. …… aku fahami perasaan Hafiz Hamidun apabila dia menyatakan “ku fahami makna dan tujuan”. Bertabahlah Hafiz semua Allah memberikan enta kekuatan…. dari Ustaz Abdul Manan ali alMerbawi aka Doktor Jawi.

Di bawah ini ambo bawakan lirik lag nasyid tersebut untuk tatapan bersama semuga bermanfaat…

Lirik Cinta Bukan Mainan:

Terlalu mudah segalanya
semua diaturkan Dia
dan bernarlah disetiap firman
dan inilah hakikat suratan
cintaku disini bersama selamanya
bahagia melebarkan rasa
tiada ragu dan curiga
dan bersabar sementara ada
ku berserah walau telah nyata
segala janji-janjiNya kalam yang indah
ternyata ini bukan mimpi
yang hadir sempurnakan erti
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan
ternyata ini bukan mimpi
yang hadir sempurnakan erti
semuanya sudah terlaksana
ku fahami makna dan tujuan
cintaku bukanlah suatu permainan

Ini mp3 nya:
https://mp3bears.info/cinta-bukan-mainan-mirwana


Saturday, September 1, 2018

Program Ibadah korban Masjid Merbau Patah 2018 anjuran MAIDAM.

Alhamdulillah tahun ning masjid kami Masjid Merbau Patah dalam mukim Kubang Parit Kuala Terengganu telah dipilih dalam senarai penerima lembu korban anugerah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang dianjurkan oleh Maidam. Seekor lembu dari baka baik telah dihantar ke perkarangan masjid 2 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha. 

Sembelihan lembu korban telah dilakukan tepat pada jam 7.30 pagi hari raya kedua sebagaimana yang dijadualkan oleh Imam Besar Masjid Merbau Patah Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mukhtar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Merbau Patah. Beliau mempunyai banyak pengalaman menyembelih lembu korban dalam program-program yang diatur sebelum ini . Ramai jemaah yang datang membantu hasilnya proses melapah daging selesai dengan cepat sekali. Daging yang telah dilapah seterusnya dipotong-potong untuk dibahagikan kepada qaryah masjid. 

Pembahagian daging korban selesai dilakukan pada jam 11.30 pagi. Hasil kerjasama semua ahli jawatankuasa masjid sebanyak 216 pakej daging seberat 500 gram berjaya diagihkan kepada jemaah masjid yang memerlukan. Daging korban telah diagihkan kepada jemaah beberapa kampung Merbau Patah dan beberapa kampung berdekatan. 

Ternyata program korban tersebut telah berjaya melahirkan sikap muafakat dan ukhuwwah sesama ahli jemaah masjid. 

Pendaftaran mahasiswa baru ijazah sarjana muda UniSZA

Hari ni 2 Sept 2018 daftar anak di UnisZA. Dia ambik English Comunication. Sebenarnya dia dah habiskan 2 tahun di sini ambil diploma Law. Sekarang sambung lagi di lubuk ilmu ni untuk another 4 tahun. Ambo sempat ambik beberapa pic untuk tatapan pembaca sekelian.

Sebenarnya ambo segan bila sampai di UnisZA ni sebab ambo pun belajak di sini dulu. Dari tingkatan 4 sampai 5 saaaaampai Diploma pun di sini jugak. Ambo ambik Diploma Pengajian Islam.   Lepas tu ke Mesir. 

Cumanya kawan-kawan sama-sama ke Mesir balik jadi pensyarah UnisZA ambo jah jadi pengkulliah....

Wednesday, August 8, 2018

Warung kecil kelas A

Baru-baru ini ambo ada kerja di Kuala Terengganu. Kedua anak perempuan ambo masuk ke bangunan Bank Simpanan Nasional yang berhadapan dengan Kamdar tu. Anak ambo yang ketiga tu buat akaun Bank Simpanan Nasional untuk mohon bantuan Yayasan Terengganu. Kelmarin dia dah buat permohonan bantuan untuk Majlis Agama Islam Terengganu (MAIDAM) sebab dapat masuk UnisZA. Kalau Maidam nak akaun Bank Islam. KAlau Yayasan Terengganu nak akaun BSN. Maidam bagi RM1500 ... Yayasan Terengganu bagi RM1000.... (ambo tak pasti sangat... tapi lebih kurang gitulah) . 

Ambo dengan orang rumah tercari-cari tempat nak minum pagi. Memanglah kalau dating macam ni kena ambil kesempatan minum air bersama. Mula-mula ambo masuk ke restoren yang agak besar sebelah restoren Cina depan BSN tu. Sebenarnya ambo tak sedap hati sebab restoren tu jadi destanasi orang Cina bandar Kuala Terengganu minum arak. Bahkan dalam bulan puasa pun minum arak tanpa segan silu. 

Bila masuk dalam kedai ambo tanya ada kuih ke idok..... jawabnya idok. Ambo pun keluarlah sebab matlamat nak kuih. Kan baru jam 10 takkan nak makan nasi dah. 

bila keluar toleh ke kiri nampak sarung kecil sebelum selekoh tu. Kalau demo orang-orang lama di Terengganu demo tahu lah bahawa selekoh tu dulu buat testing driving school .... termasuk ambo kena test di situ. 



Nampak warung tu terus masuk. Order air dan cari kuih... nampaklah mee goreng dan kuih tiew.  Bila ambik test... sedap pulak. Tiba-tiba orang rumah kata ke ambo... "Abang kelas A lah" Baru ambo perasan warung ni kelas A. Ambo pun intai lagi. Wah memang A. Lantai nya mozek. Kerusinya tersusun molek. Tak dek lalat pun walaupun seekor. Nampak kerus meja disusun dengan elok. 

Ambo tanya nama apa kedai. Toke dia jawab Warung Kak Liza sambil mengisyaratkan ke papan tanda kedai yang ada senarai minuman dan makanan.  Ambo kata "Ambo ni blogger. Minta izin nak ambik gambar. Nak tulis dalam blog. Boleh ambo tolong promote sekali". Jawabnya "ok". Ni lah dia gambar-gambar yang sempat ambe ambik. Harap dapat memberikan gambaran A. 

Orang rumah boleh mari pulak ning... nampak sedap je lauk pauk dia... sambil menunjukkan kepada barisan lauk-pauk yang sedang dihidangkan oleh pelayan kedai yang perkaian rapi dan menarik. Ambo kata eh awealnya dah hidang lauk... tengok jam baru perasan jam 11.30 dah. Baru ambo perasan ambo duduk di kedai tu dah dekat sejam lebih. Gitulah kalau warung yang selesa lamalah kita duduk. Tapi kalau warung yang busuk dan hapak, maka sekejap pun terasa lama. Maka dengan itu ambo pun meneruskan ambil beberapa shot yang menarik dan terus beredar dengan niat akan datang lagi ke warung Kak Liza. 

Saturday, August 4, 2018

Indahnya pulau banding resort

Sesekali terasa nak singgah tu... singgah jelah. Kalau speed pun bukan boleh sampai terus ke destinasi. Grik masih jauh lagi.

Ambo berulang alik dari Terengganu ke Penang untuk ceramah ni sejak tahun 2004 sejak R&R pulau banding ni tak  ada apa-apa. Sekarang semua dah ada. Restoran pun cantik. Memang puas hati kalau singgah. Ada jeti yg boleh naik sendiri kalau air pasang..... singgah lah sebentar ....

Cantiknya sejuknya puncak Titiwangsa

Banyak dapat jemputan ceramah area Penang dan Kedah memang kena lalulah banjaran Titiwangsa. Selalunya kalau bertolak lewat memang pakai speed jer. Tapi bila sampai awal ni boleh rest dulu kejap.... memang sejuk terutama bila hari hujan dan berkabus.

Cara buat landskap untuk rumah dan sekolah

Kali ni ambo nak tunjuk cara buat landskap untuk rumah dan sekolah....

Ni dipanggil pokok cendawan. Ambo ambil gambar ni di sekolah menengah kebangsaan Ibrahim Fikri Kuala Terengganu. Kebetulan masa tu sekolah saya nak ada hari terbuka. jadi sayo ni kelab landskap. Baru pegang jadi tak dok barang lagi. Terus saya call cikgu SMK Ibrahim Fikri ni minta pinjam dulu.

Cara nak buat ni akan ambo share dalam post yang berikutnya.... tajuknya "Cara buat pokok cendawan".... ok
Perhatikan....
Yang warna kuning atas tu pakai tempurung kelapa. Yang besar bawah tu pakai pinggan plastik.... nanti ambo ajar cara buatnya. 
Yang ni dipanggil pasu batang pokok. Memang comel. Boleh diletak di rumah dan sekolah.  Buatnya senang saja. Alatan nya tentu sekali pasir halus, simen dan kapor. Untuk bodynya kita dapatkan besi jaring saiz penapis pasir. Bagitahu kedai hardware tu nak besi jaring untuk penapis pasir..... dia tahulah. Cara nak buatnya nanti ambo post dalam tajuk "Cara buat pasu batang pokok". 
Ni dan 3 lagi pic kat bawah ni diambil di R&R nak sampai ke Nilai tu. Ambo lupo namanya.... tapi sebelum sampai Melaka lah. Ni senang saja. Batang ni kita boleh buat di depan rumah atau sekolah juga pejabat kerajaan. Campuran asas semestinya simen, pasir halus dan kapor. Untuk membentuk batang semestinya besi jaring penapis pasir. Cuma nak bagi simen lekat kat batang ni yang susah. Perlukan kemahiran. Takpe belajar slow slow.... lama-lama pandailah.

Ambo sendiri dulu tok pandai gapo satu. Lepas tu pengetua suruh juga buat Pokok Universiti. Iaitu pokok dari simenfero yang menunjukkan jarak semua universiti dari sekolah kami. Apa lagi sebagai guru serba boleh kenalah sanggup. Ambo gi lah guru dengan pengusaha simen fero. Buat-buat lama-lama pandai. Bahkan ambo rasa kepandaian dan kehalusan kerja ambo lebih halus dari penguasaha tu lagi.