Friday, April 17, 2020

Pendidikan Islam ting 2 - Modul belajar online cuti Covid 19.

Pendidikan Islam tingkatan 2 - Modul Covid 19:


Bidang AlQuran:

1. Allah SWT Pengurnia hidayah

2. Hanya Allah yang Maha Esa

3. Luasnya kuasa Allah
https://www.youtube.com/watch?v=AzkklTqQSnA&t=2s

4. Mudahnya tajwid

Unit 1: Hukum mim sakinah dan tanwin

Unit 2: Hukum mim sakinan

5. Manisnya persaudaraan

6. Mengharap keampunan Allah SWT

7. Kesantunan dakwah Rasulullah SAW

8. Amanah terhadap harta dan nyawa


Bidang Hadis: 

9. Mungkar dicegah hidup berkat

10. Mencari yang halal


Bidang Aqidah:

11. Kekuatan dan kekuasaan Allah SWT

Unit 1: alQadir

Unit 2: alQawiy

12. Ketaatan malaikat
https://www.youtube.com/watch?v=kA1cEBSkfzE&t=156s

13. Panduan daripada Allah SWT


Bidang Feqah:

14. Solat berjemaah pengikat hati

15. Solat jumaat wadah kesatuan

Unit 1: Solat jumaat

Unit 2: Khutbah jumaat

16. Tayammum dengan debu suci

17. Rukhsah anugerah daripada Allah SWT

Unit 1: Menyapu balutan

Unit 2: Solat jamak dan qasar

Unit 3: Solat ketika sakit

18. Puasa bentang diri

19. Solat sunat menampung kefardhuan


Bidang Sirah:

20. Terbitnya fajar dakwah

21. Hijrah detik bersejarah

22. Kepimpinan Rasulullah di Madinah

23. Wanita suri teladan umat


Bidang akhlak Islamiah:

24. Malu perisai iman

25. Menyemai kasih menuai sayang

26. Muliakan ibubapa bahagiakan keluarga

27. Santuni jiranmu

28. Masjid destinasiku

Sunday, April 12, 2020

Pendidikan Islam ting 1- Modul belajar Online cuti Covid 19.

Pendidikan Islam Ting 1 - Modul Pembelajaran Online sempena cuti Covid 19

Assalamualaikum
Salam duduk rumah salam stay home.... mari lah belajar online....
Dalam masa cuti Covid 19 ini maka saya merasa bertanggungjawab untuk menyiapkan video pembelajaran subjek Pendidikan Islam. Dan oleh kerana tahun ini adalah tahun terakhir untuk saya menamatkan Phd saya di UMT maka pihak penggurusan telah berbesar hati untuk memberikan saya kelas tingkatan 1 dan tingkatan 2 saja.

Oleh kerana itu saya hanya akan menyiapkan video tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Oh ya video ini sedang dalam proses disiapkan maka harap bersabar dan sentiasalah melawat ke laman ini. InsyaAllah akan siap dalam masa yang singkat.

Untuk tajuk-tajuk tingkatan 2 sila ke link di bawah.
https://forumdoktorjawi.blogspot.com/2020/04/modul-belajar-online-cuti-covid-19.html




Video pembelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1:


Bidang AlQuran:

1. Mukmin yang bertaqwa

2. Memohon kebahagian hakiki

3. Maha suci Allah
https://www.youtube.com/watch?v=uqnMdXGE5DU

4. Allah SWT Penguasa Mutlak

5. Indahnya tajwid

6. Segala puji bagi Allah SWT

7. Iblis dan syaitan yang durjana

8. Sabar menghadapi dugaan Allah

9. Makanan halal lagi baik


Bidang Hadis: 

10. Hadis sumber hukum

11. Ikhlas dalam kehidupan
https://www.youtube.com/watch?v=MbGnMIX76K0&t=8s

12. Jihad dalam Islam


Bidang Aqidah:

13. Islam agama fitrah

14. Aqidah Islam

15. Beriman kepada Allah SWT

16. AlKhaliq dan Al Musowwir


Bidang Feqah:

17. Konsep ibadat dan jenis hukum

18. Bersuci asas kebersihan

19. Suci daripada najis

20. Istinjak satu tuntutan

21. Wuduk dan syarat kesempurnaan

22. Mandi wajid penyuci diri

23. Solat mercu kejayaan


Bidang Sirah:

24. Riwayat hidup Nabi Muhammad

25. Era masyarakat Jahiliah

26. Keunggulan perjuangan Khulafa alRashidin


Bidang akhlak Islamiah:

27. Akhlak terpuji hiasan diri

28. Amanah tunggak kesejahteraan

29. Ilmu cahaya kehidupan

30. Maruah diri cermin peribadi

Thursday, March 26, 2020

Kaedah Jawi 2 : Cara eja perkataan berakhir huruf Ka dan Ga (KAGA)

Assalamualaikum

Hari ini 25 Mac. Hari ini juga Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Mahyuddin Yasin telah mengumumkan tempoh kuarantin rakyat Malaysia akan dipanjangkan dari 31 Mac ke 14 April. Pengistiharan ini telah menimbulkan berbagai reaksi...

Ada yang suka dan reda. Bagi mereka apa yang diumumkan oleh pemimpin negara itu sudah semestinya untuk kepentingan rakyat jelata. Namun seperti biasa ada juga golongan yang tidak senang. Mereka tidak suka diikat walaupun kuarantin ini adalah untuk kebaikan mereka juga.

Baiklah, hari ini ustaz selaku doktor jawi akan menyentuh mengenai cara mengeja perkataan berakkhir dengan dua huruf KA dan Ga.

Banyak perkataan yang berakhir dengan KA seperti neraka, jangka, langka dan banyak lagi.

Sementara perkataan yang berakhir dengan huruf GA pun banyak juga seperti harga, bangga, sangga dan banyak lagi.

Hari ini memadailah ustaz tunjukkan beberapa perkataan sekadar sebagai panduan untuk mengeja perkataan yang lain. Kerana semuanya sama saja. kalau dah faham tentu mudah.

Contoh pertama:

BANGGA...

Perkataan ini terbahagi kepada 2 iaitu BANG dan GA. Untuk mengeja BANG kita sudah bincangkan dalam tajuk mengeja Konsonan Vokal Konsonan (KVK).

Sekarang mari kita eja sama-sama.

Mula-mula sila eja BANG. Kita dapati ada A di tengah-tengah B dan NG maka A itu sudah tentu akan digugurkan. Maka ejaan BANG apabila dijawikan menjadi....


Sementara untuk mengeja GA pula kita hanya perlu meletakkan huruf Ga sahaja.





Dan apabila digabungkan maka inilah hasilnya bagi perkataan BANGGA.......








Seterusnya cara mengeja perkataan berakhir KA seperti contohnya SANGKA.
Maka kita ikut saja flow atau cara yang pertama tadi maka hasilnya ialah .....





Dan begitulah jika hendak mengeja perkataan-perkataan yang lain yang berakhir dengan KA dan GA.. senang bukan.


Sehingga berjumpa lagi di kaedah yang berikut nya salam hormat daripada saya al Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi atau lebih dikenali sebagai doktorjawi dan sekarang bertukar kepada drjawi.

Kaedah Jawi 1: Konsonan Vokal Konsonan (KVK)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ٍSaya Ustaz Abdul Manan Ali al Merbawi atau lebih dikenali sebagai Doktor Jawi.

Hari ini masuklah hari ke 6 cuti kuarantin virus crono  yang bermula dari 18.3.2020 sehingga 31.3.2020. Kita berdoalah semuga pendamik ini berlaku dengan cepat. kesian bagi mereka yang bekerja kais pagi makan pagi tentu sekali tidak dapat mencari rezeki.

Hari ini dalam duk relax ni rasa ingin memetik jari menurunkan ilmu kaedah jawi yang saya asaskan.

Dulu saya asaskan doktorjawi.com tetapi oleh kerana saya kini sedang menyiapkan PHD saya dan Professor saya kata kalau dapat Doktor nanti dia tak eja Doktor tetapi just Dr saja. Maka saya mula mengalihkan semua pengenalan saya dalam facebook, instagram dan youtube kepada DrJawi.

Jadi kini saya ingin lebih dikenali sebagai DrJawi dan bukan lagi Doktor Jawi. Lagi pun kawan-kawan dok kata susah nak eja Doktor Jawi, panjang sangat. Kalau Dr Jawi tu sikit.

saya ingin mengambil kesempatan untuk membincangkan kaedah jawi yang pertama.

Kaedah jawi pertama yang perlu diketahui oleh sekelian rakyat Malaysia ialah kaedah KVK iaitu konsonan  vokal konsonan.

Kaedah ini berlaku apabila terdapat huruf A (vokal) di tengah-tengah 2 huruf konsonan dalam satu sukukata.

contohnya C A M dalam perkataan cambah . Ini adalah 3 huruf . Perhatikan ditengahnya huruf A. Maka menurut kaedahnya huruf A itu hendaklah digugurkan.



Oleh itu hendaklah dieja CM bila dijawikan menjadi ca dan mim saja sebab huruf alif sudah digugurkan.

contoh yang lain malas. L A S  akan diulas.
LAS adalah tiga huruf. Ditengah nya ada huruf A. Maka bila dijawikan menjadi LS sahaja.


ok contoh yang akhir sekali ialah tambun . Baik sila perhatikan di mana kita nak potong ni. Ya jawapannya ialah TAM manakala BUN di biarkan saja. Kenapa? kerana kita mencari A diantara 2 konsonan.  Jadi apa berlaku bila dijawikan. Ya sila lihat jawapannya di bawah.





Ok sampai di sini dulu hari sehingga berjumpa lagi kalau ada kesempatan. Saya nak ke dapur pulak tolong isteri memasak.