Tuesday, July 14, 2009

Misi Tersalah Tampal

Assalamualaikum semua. Ana nak berkongsi sedikit pengalaman dengan tuan-tuan sekelian mengenai kisah anak saya yang giginya tersalah tampal oleh misi atau jururawat gigi yang mengadakan rawatan percuma ke sekolah-sekolah rendah.

Al kisahnya adalah salah seorang anak saya tu yang darjah lima. Hari tu dia kena giliran rawatan gigi. Lalu dia pergilah ke klinik gigi yang disediakan di sekolah. Juru rawat pun memeriksa gigi anak saya. Ditandakannya tempat yang dikatakan rosak dan perlu ditampal pada kad merah pergigian. Sampai giliran misi yang satu lagi dia pun cakap, "kat mana nak tampal ni. Aaaa kat sini". Dia pun koreklah bahagian-bahagian gigi yang berdekatan untuk memudahkan tampalan.

Tiba-tiba dia berhenti dan berkata, "Eh bukan kat sini lah. Mai nak tengok kad merah tu. Eh terbaliklah. Bukan gigi sebelah kanan tapi sebelah kiri".

Jadi terpaksalah ditampal semula kawasan gigi yang tersalah korek tu. Kemudian barulah dia korek dan tampal semula bahagian yang betul. Bila sampai ke rumah anak saya terus menceritakannya kepada saya.

Eh rasa geram betul. Tapi nasi dah jadi bubur. Ada pulak gigi yang elok di korek. Dan yang parah lagi gigi geraham itu adalah gigi kekal. Peristiwa itu berlaku 3 tahun yang lepas.

Jadi gigi geraham yang satu tu bertampallah. Yalah kalau difikirkan memanglah tak logik. Ada pulak gigi yang baik dikorek dan ditampal. Manakala gigi yang rosak dibiarkan.

Sejak peristiwa itu anak saya macam phobia dan lebih berhati-hati apabila ke doktor gigi.

Semua cerita ini diceritakan semula oleh anak saya kemudian selepas itu.
Marilah kita jaga kebajikan anak kita supaya ia membesar dan mencapai cita-citanya berteraskan aga, Islam yang maha suci.

Wassalam................

Sunday, May 10, 2009

Sheikh Meshary Bin Rashid Al-Afasy

Ramai qari mengaji alQuran yang biasa kita dengar. Antaranya AlSudaisi, Mahmud Khalil, Abdul Basit Abdul Samad, dan Al Ghamidi.

Salah seorang Syeikh Qari yang saya kagumi ialah Sheikh Meshary Bin Rashid Al-Afasy. Beliau adalah Imam Besar Masjid Kuwait. Beliau terkenal sebagai seorang imam yang giat berdakwah dengan lagu-lagu nasyid. Kebanyakan lagu yang dibawakan oleh beliau ialah lagu Sobaa. Lagu yang mendayu-dayu.

Sila dengar salah satu lagu dakwah beliau yang bertajuk "tala'al badru alai na". Lagu ini sungguh mendayu-dayu. Pertama kali saya mendengarnya rasa sebak di dada dan basah mata.



Sememangnya apabila saya kaji, beliau memang seorang pendakwah yang berdakwah dengan kelunakan suaranya. banyak lagu-lagu nasyidnya yang menusuk kalbu. Cuba dengan lagu ini pula. Cerita berkisar tentang seorang anak yang durhaka dan akhirnya kembali ke pangkal jalan.



Selamat berdakwah.

Jangan ketinggalan dapatkan pakej doktorjawi di www.doktorjawi.com

Jangan Biarkan Radio IKIM Sahaja.

Teringat pula saya untuk menulis sedikit tentang radio IKIM yang saban hari memperdengarkan lagu-lagu nasyid dan bahan-bahan agama yang lain.

Dulu masa belajar di Mesir ada satu siaran radio yang dinamakan siaran radio al Quran al Karim. Radio ini siang malam asyik memainkan bacaan alQuran, hadis nabi, ceramah agama dan kesedaran. Terfikir pulak masa tu bahaw kalau ada radio di Malaysia yang semacam ini kan baik.

Sekembalinya di Malaysia. Setelah berlalu beberapa tahun. Saya pula mendengar satu siaran yang di panggil Radio ikim.fm. Saya berasa begitu tersentuh kerana kandungannya yang cukup memberikan sumbangan kepada kebaikan. Bayangkan ramai mana orang yang sudah bertaubat kerana mendengar radio IKIM ini.

Khabarnya konti ikim.fm bernilai jutaan ringgit. Wau memang canggih. Saya cukup respek mereka kerana boleh mantain pasang lagu dakwah atau nasyid kemudian rancangan berunsur kesedaran sahaja sepanjang hari.

Pada pendapat saya rancangan radio ini cukup bagus untuk memberikan kesan kepada remaja dan pemuda. Altermaklumlah pada masa ini boleh dikatakan semua siaran radio berlumba-lumba memainkan lagu rock dan cintan untuk menambat hati remaja yang jiwang-jiwang tu. Lagu-lagu tu pulak tak kira masa. Bayangkan lepas azan subuh dah mainkan lagu rancak. Jadi hati kita ni tidak ready untuk takutkan Allah.

Sebenarnya pendengar radio ikim.fm cukup ramai. Mengalahkan radio-radio yang lain. Jadi pihak pengurusan radio ikim.fm janganlah risau. Apa yang penting ialah usaha yang dijalankan amat membentu ke arah pembentukkan insan mulia.

Di sini saya nak ambil kesmepatan kepada radio-radio yang lain. Janganlah mentang-mentang radio ikim.fm sahaja radio dakwah maka tanggungjawab berdakwah kepada masyarakat dihempas bulat-bulat ke atas bahu pengurusan dan dj radio ikim. Manakala radio-radio yang lain menyiarkan lagu-lagu yang entah apa, dimana-mana saja, bila-bila masa sahaja. Kalau ya pun pasang lah lagu dakwah tu sekali-sekala. Hormatlah waktu antara peralihan azan tu. Maksud saya waktu sebelum dan selepas azan tu biarlah di pasangkan lagu-lagu nasyid atau zikir. Nampak ada kelas sedikit.

Cuma bila saya masuk ke lama web radio ikim rasa terkejut jugak pasal takde apa-apa kat sana. Yang ada hanya dua menu saja. Satu laman utama dan kedua senarai dj. Di laman utama tu cuma ada sekeping gambar flash yang bertukar-tukar secara fading-in dan fading-out setiap 3 saat. Dan dalam laman senarai dj ada dimuatkan gambar-gambar dj yang bertugas.

Pada pendapat saja banyak benda yang boleh dituliskan di sana. Sesuai dengan motonya iaitu "pilihan utama anda" atau dalam bahasa Arab "افضل الاختيار".

Sila klik di sini untuk ke laman ikim.fm
http://www.ikim.gov.my/ikim.fm/








Keep up the good work.

Dapatkan Set Lengkap Doktor Jawi di http://www.doktorjawi.com/

Selitkan lagu dakwah

Lagu ni memang satu media yang tidak dipisahkan dari manusia. Lagikan dalam membaca al Quran orang berlagu. Tinggal lagi lagu tu mesti tidak menyimpang dari landasan Islam seperti memuja manusia yang berlebihan dan mengajak kepada maksiat.

Bagi saya lagu tu mesti ada dua perkara untuk menjadikannya menarik. Pertama melodi dan kedua lirik. Melodinya mesti sedap dan kedua liriknya memang menjadi.

Saya rasa dalam soal ini kita patut lihat juga kepada artis Indonesia yang berdisiplin dalam melahirkan album mereka. Maksud saya mereka akan sedaya upaya menyelitkan lagu dakwah dalam album mereka. Walaupun bagi sesetengah penerbit ianya membazirkan akan tetapi dalam masa panjang ianya amat membantu. Misalnya lagi dakwah itu boleh dimainkan dalam suasana keagamaan dan kerohanian.

Contohnya Pasha dari kumpulan UNGU mendengangkan lagu dakwahnya "andai ku tahu".



Dan Yang terakhir sekali Afgan dengan lagunya "KepadaMU ku bersujud". Lagu itu amat berkesan.



Dengan melodinya yang bagi saya sesuai dan liriknya yang menjadi membolehkan ia diluluskan oleh radio IKIM untuk dikumandangkan. Saya berasakan bahawa artis Malaysia patut melakukan perkara yang sama.

Jangan ketinggalan memiliki Set Lengkap Doktor Jawi.
Layari http://www.doktorjawi.com/

Saturday, April 18, 2009

KUALA KELAWANG NAN INDAH


Assalamualaikum,

Saya ingin sekali menceritakan mengenai pengalaman lawatan saya ke Kuala Kelawang. Kuala Kelawang sebenarnya satu destinasi pelancongan yang amat menarik sekali. Saya pun mungkin tidak berkesempatan untuk ke Kuala Kelawang kalau tidak kerana kerja ceramah jawi ini.

Ini adalah jemputan kali ke tiga yang saya terima daripada ustaz Kamal dari MRSM Kuala Kelawang. Dah jadi kawan rapat bila selalu bertemu macam ni.
Perjalanan ke Kuala Kelawang sebenarnya dekat sahaja. Sebenarnya saya tidak tahu ada 'short cut' untuk ke Kuala Kelawang.....nanti saya ceritakan.


Saya bertolak dari Terengganu menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki Waja buruk saya tu. Kemudian saya turun ke lebuh raya PLUS ke Johor. Sampai ke Seremban dah jam 8.00 malam. Saya sorang diri rasa semacam juga nak naik bukit ke Kuala Kelawang. Untuk anda yang belum pernah ke Kuala Kelawang. Jarak perjalanan dari Seremban ke Kuala Kelawang adalah setengah jam melalui bukit. Jalannya memang bengkang bengkok. Saya nasihatkan kalau nak pergi jangan pilih waktu malam, pilihlah siang misalnya petang ke. Pastikan anda sampai ke Kuala Kelawang jam 6.30 petang gitu. Kalau anda orang kat situ memang tak kisah malam pun. Satu lagi pergilah berdua. Bukan apa perasaan tu tenteram sikit.


Oleh kerana Ustaz Kamal dah sedikan bilik maka saya nak tak nak kena pergi jugak. Saya standby tepi jalan nampak je hamba Allah dua tiga biji kereta naik bukit saya pun ikut je. Perjalanan betul-betul setengah jam. Atas bukit tu selalu juga berlaku kemalangan. Aaaa jadi jangan melebihi had laju. Ikut kereta depan steady je. Atas bukit malam tu ada tanah runtuh. Batu sebesar almari jatuh ke atas jalan. nampak ada beberapa orang petugas sedang membetulkan jalan. Waktu tu jam 9.00 malam.


Sampai ke Kuala Kelawang saya teruskan perjalanan ke MRSM Kuala Kelawang yang jaraknya hampir satu kilometer lagi dari pekan Kuala Kelawang. Sampai dekat pak guard saya terus mendaftarkan diri dan tak sabar-sabar lagi nak tidur. Bukak aje pintu bilik yang memang disediakan untuk tetamu saya terus mandi, sembahyang dan tidur. Nasib baik saya dah makan kat hentian rehat Dengkil.


Pagi esoknya saya bersarapan di luar. Wah bukan main sedap udaranya. Walaupun saya dah tiga kali ke Kuala Kelawang tapi suasana dan cuacanya tetap menarik minat dan perhatian saya. Sambil bersarapan saya sempat ambil gambar pagi yang berkabus tu memang kelas. Sejuknya ada 'mist' yang turun. Wah apa tah lagi kalau semalam hujan. Lagi 'cool'.

Suasana pagi di Kuala Kelawang amat nyaman dan indah tak puas rasanya dipandang mata. Sememangnya Kuala Kelawang satu destinasi yang amat indah. Kami sekeluarga pernah bermalam dua kali di rest house yang cantik dan dengan harga yang amat mampu iaitu Kuala Kelawang Rest House. Namanya Seri Kelawang. Khabarnya dibina oleh anak tempatan Kuala Kelawang yang kini menjawat jawatan menteri kabinet.

Hotel Seri Kelawang ini cantik dan selesa. Ramai warga kota yang ingin lari dari kesibukan kota yang bertandan ke Seri Kelwang. Dengan harga bilik yang walaupun besar tetapi murah menjadi pelanggan amat berpuas hati.


Diwaktu pagi anda akan dapat merasai udara yang amat nyaman dengan iringagn kicauan burung dari rimba yang hanya terletak bersetentang dengan Seri Kelawang.


Antara destinasi lain yang menarik ialah Muzium Adat dan Majlis Perbandaran Kuala Kelawang yang mesti dilawati oleh anda. Jika anda ingin terus ke Pantai Timur anda boleh terus bertolak dari Hotel Seri Kelawang. Dan dari sana anda hanya mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke Bandar Muazzam Syah. Kemudiannya ke Kuantan dan seterusnya Kuala Terengganu.


Selamat bercuti.


Kunjungi http://www.doktorjawi.com/ untuk set lengkap doktorjawi.