Saya ingin sekali menceritakan mengenai pengalaman lawatan saya ke Kuala Kelawang. Kuala Kelawang sebenarnya satu destinasi pelancongan yang amat menarik sekali. Saya pun mungkin tidak berkesempatan untuk ke Kuala Kelawang kalau tidak kerana kerja ceramah jawi ini.
Ini adalah jemputan kali ke tiga yang saya terima daripada ustaz Kamal dari MRSM Kuala Kelawang. Dah jadi kawan rapat bila selalu bertemu macam ni.
Perjalanan ke Kuala Kelawang sebenarnya dekat sahaja. Sebenarnya saya tidak tahu ada 'short cut' untuk ke Kuala Kelawang.....nanti saya ceritakan.
Saya bertolak dari Terengganu menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki Waja buruk saya tu. Kemudian saya turun ke lebuh raya PLUS ke Johor. Sampai ke Seremban dah jam 8.00 malam. Saya sorang diri rasa semacam juga nak naik bukit ke Kuala Kelawang. Untuk anda yang belum pernah ke Kuala Kelawang. Jarak perjalanan dari Seremban ke Kuala Kelawang adalah setengah jam melalui bukit. Jalannya memang bengkang bengkok. Saya nasihatkan kalau nak pergi jangan pilih waktu malam, pilihlah siang misalnya petang ke. Pastikan anda sampai ke Kuala Kelawang jam 6.30 petang gitu. Kalau anda orang kat situ memang tak kisah malam pun. Satu lagi pergilah berdua. Bukan apa perasaan tu tenteram sikit.
Oleh kerana Ustaz Kamal dah sedikan bilik maka saya nak tak nak kena pergi jugak. Saya standby tepi jalan nampak je hamba Allah dua tiga biji kereta naik bukit saya pun ikut je. Perjalanan betul-betul setengah jam. Atas bukit tu selalu juga berlaku kemalangan. Aaaa jadi jangan melebihi had laju. Ikut kereta depan steady je. Atas bukit malam tu ada tanah runtuh. Batu sebesar almari jatuh ke atas jalan. nampak ada beberapa orang petugas sedang membetulkan jalan. Waktu tu jam 9.00 malam.
Sampai ke Kuala Kelawang saya teruskan perjalanan ke MRSM Kuala Kelawang yang jaraknya hampir satu kilometer lagi dari pekan Kuala Kelawang. Sampai dekat pak guard saya terus mendaftarkan diri dan tak sabar-sabar lagi nak tidur. Bukak aje pintu bilik yang memang disediakan untuk tetamu saya terus mandi, sembahyang dan tidur. Nasib baik saya dah makan kat hentian rehat Dengkil.
Pagi esoknya saya bersarapan di luar. Wah bukan main sedap udaranya. Walaupun saya dah tiga kali ke Kuala Kelawang tapi suasana dan cuacanya tetap menarik minat dan perhatian saya. Sambil bersarapan saya sempat ambil gambar pagi yang berkabus tu memang kelas. Sejuknya ada 'mist' yang turun. Wah apa tah lagi kalau semalam hujan. Lagi 'cool'.
Suasana pagi di Kuala Kelawang amat nyaman dan indah tak puas rasanya dipandang mata. Sememangnya Kuala Kelawang satu destinasi yang amat indah. Kami sekeluarga pernah bermalam dua kali di rest house yang cantik dan dengan harga yang amat mampu iaitu Kuala Kelawang Rest House. Namanya Seri Kelawang. Khabarnya dibina oleh anak tempatan Kuala Kelawang yang kini menjawat jawatan menteri kabinet.
Hotel Seri Kelawang ini cantik dan selesa. Ramai warga kota yang ingin lari dari kesibukan kota yang bertandan ke Seri Kelwang. Dengan harga bilik yang walaupun besar tetapi murah menjadi pelanggan amat berpuas hati.
Diwaktu pagi anda akan dapat merasai udara yang amat nyaman dengan iringagn kicauan burung dari rimba yang hanya terletak bersetentang dengan Seri Kelawang.
Antara destinasi lain yang menarik ialah Muzium Adat dan Majlis Perbandaran Kuala Kelawang yang mesti dilawati oleh anda. Jika anda ingin terus ke Pantai Timur anda boleh terus bertolak dari Hotel Seri Kelawang. Dan dari sana anda hanya mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke Bandar Muazzam Syah. Kemudiannya ke Kuantan dan seterusnya Kuala Terengganu.
Selamat bercuti.
Kunjungi http://www.doktorjawi.com/ untuk set lengkap doktorjawi.